Assalamualaikum semua
Jom berkongsi tentang cinta^^
Apa kata kamu tentang cinta?
cinta hadir tanpa dipaksa
tanpa alasan tapi di hati
ada rasa
Apa kamu tahu tentang cinta?
Cinta pada Allah adalah utama
Cinta pada rasul seterusnya
Cinta pada Ibu abadi selamanya
Cinta pada Ayah nun jauh di sana
Cinta pada manusia lama hendaknya
Cinta pada dia ijabkabul di suatu masa
Apa kamu tahu tentang cinta?
Cinta pada Allah yang pertama
dididik dan diasuh bersama-sama
untuk mengenali si cinta
tundukkan kepada yang Esa
Apa kamu tahu tentang cinta?
Cinta pada Rasul seterusnya
Diceritakan pengorbanan mereka
dilayarkan peninggalan mereka
diturutkan sunnah dan amalannya
kerana mahukan pahala
untuk dekatkan kita denga cinta PERTAMA
Apa kamu tahu tentang cinta?
cinta pada ibu abadi selamanya
cinta teragung sebelum kita ada
cinta suci mewujudkan nyawa
cintakan nyawa bersabung nyawa
berjahit luka tak terasa
kerana gembira kita anaknya
Apa kamu tahu tentang cinta?
Cinta pada Ayah nun di sana
walau sekejap cuma
dipinjamkan ayah pada anakanda
masih terbayang tanah memerah menutupi ayahanda
menzahirkan ayah tiada di dunia
tapi cinta tetap wujud bersama
utusan doa dan surah penghubung cinta anakanda
Apa kamu tahu tentang cinta?
cinta pada manusia lama hendaknya
biar aman dan bahagia
tanpa benci dendam yang menyala
agar tenang sejagat semua
Apa kamu tahu tentang cinta?
cinta pada dia ijabkabul di suatu masa
berkasih sayang selamanya
mengharung badai dan luka
memberi manfaat dan keturunannya
ketika halalnya kita bercinta
seperti cintanya Adam kepada Hawa
Muhammad kepada Khatijahnya
Ayah dan Mama
dimana sah digelarkan aku isterinya
tatkala "aku terima nikahnya"
insyaALLAH
p.s: Puisi ini ditulis kerana meng-join-kan diri dalam satu segmen seorang blogger.. tapi penulisan ini adalah ikhlas dari sudut hati seorang suya.. Heee enjoy your reading k..^^
me suya